Peranan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) telah diperkasa kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) melalui arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 berkuatkuasa 5 Disember 2023. Pelaksanaan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bagi memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan dapat diambil dalam menangani isu-isu kelemahan tatakeola yang boleh menyebabkan ketirisan wang Kerajaan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Peranan dan Tanggungjawab JKKTN

  1. Memperaku, menimbang dan meluluskan syor- syor cadangan penyelesaian bagi pembangunan dan penambahbaikan institusi, dasar dan perundangan berhubung usaha pemantapan tatakelola, pengukuhan integriti dan antirasuah dalam pentadbiran Kerajaan berdasarkan:
    1.  Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
    2.  Laporan Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional
    3.  Laporan Badan Berkanun
  • Mempertimbangkan syor ke atas keputusan-keputusan dasar melibatkan skop cadangan untuk memperkukuh pentadbiran Kerajaan dan sektor awam, melaksanakan tindakan pencegahan dan pemulihan dan menyelesaikan isu-isu tatakelola merentasi agensi secara proaktif yang dikenal pasti berdasarkan kelemahan umum dan berulang yang menyebabkan ketirisan dana Kerajaan, pembaziran dana awam dan risiko rasuah berdasarkan laporan-laporan oleh agensi seperti Jabatan Audit Negara (JAN), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
  • Mengemukakan sebarang cadangan pemantapan tatakelola kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri sekiranya terdapat isu-isu semasa yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dan/atau Mesyuarat JKKTN tidak dapat bersidang dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Peranan dan Tanggungjawab JKKMAR

Menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Merancang, memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, peraturan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang mempunyai impak kepada pemantapan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Menimbang dan meluluskan pelaksanaan inisiatif mengenai governans, integriti dan antirasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Menimbang cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan Jabatan Antirasuah (JAR) peringkat kebangsaan bagi memantapkan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.