Latar Belakang MyGovernance

Mesyuarat JKKMAR Siri 15 Yang Dipengerusikan Oleh YAB Perdana Menteri Pada 19 Mei 2022 Telah Bersetuju Dengan Pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) Yang Akan Menginstitusikan Prinsip Dan Amalan Tadbir Urus Baik Di Semua Agensi Kerajaan Termasuk Badan Berkanun Kerajaan Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Empat (4) Prinsip Tadbir Urus Baik Iaitu Ketelusan, Akauntabiliti, Kecekapan Dan Keberkesanan (TREE – Transparency, Reinforce Accountability, Efficiency, Effectiveness) Sebagai Asas Kepada Pelan Komprehensif Tersebut.

Tujuan MyGovernance

1. MyGovernance Akan Menjadi Panduan Dalam Mempraktikkan Dan Menginstitusikan Amalan Tadbir Urus (Governans) Terbaik Bagi Melonjakkan Prestasi, Kecekapan Dan Keberkesanan Penyampaian Sektor Awam.

2. MyGovernance Bakal Menjadi Instrumen Nasional Dan Dokumen Strategik Terpenting Kerajaan Yang Menggariskan Kerangka Serta Pelan Tadbir Urus Terbaik Bagi Agensi Kerajaan Dan Badan Berkanun Persekutuan Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Dan Peranan Berhubung Pelaksanaan Dan Pematuhan Terhadap Dasar, Undang-Undang, Peraturan, Sistem Dan Prosedur Yang Telah Ditetapkan Dengan Penuh Tanggungjawab, Berakauntabiliti, Telus, Cekap Dan Berkesan.

Sesi Libat Urus Berhubung Pembangunan MyGovernance

Bengkel Pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) Pada 26 Oktober 2022 Melibatkan Peserta Dari Semua Kementerian Dan Agensi-Agensi Pusat Berkaitan Seperti Jabatan Audit Negara (JAN), Biro Pengaduan Awam (BPA), SPRM Dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).