Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang pertama kali digubal pada tahun 2019 sebagai pelan yang komprehensif untuk menggembleng segala usaha menangani pelbagai isu berkaitan tatakelola, integriti, dan pencegahan rasuah.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 pada 6 Julai 2023, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, memutuskan untuk menggubal Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS). Langkah strategik ini, yang selari dengan piawai antarabangsa, merupakan kesinambungan usaha NACP untuk memerangi rasuah dengan berkesan.

Pembangunan NACS pada kali ini memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat melalui agenda Malaysia MADANI. Matlamat NACS hanya akan dapat dicapai melalui kerjasama berterusan semua pihak termasuk ahli politik, sektor awam, sektor swasta, dan pertubuhan bukan Kerajaan. Manfaatnya bukan sahaja akan dinikmati di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa, dengan tujuan supaya usaha tatakelola yang baik, berintegriti, dan pencegahan rasuah benar-benar dapat dirasai oleh rakyat.

Bagi mencapai maksud ini, NACS menekankan lima (5) strategi utama. Lima strategi utama ini didukung 60 substrategi secara keseluruhannya. Pelaksanaan NACS ini akan diterajui oleh 19 agensi. Berikut merupakan lima strategi utama bagi NACS:

  1. Pendidikan
  2. Kebertanggungjawaban Awam
  3. Suara Rakyat
  4. Penguatkuasaan
  5. Insentif

Buku-buku NACS

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris