Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 Disember 2022 telah bersetuju supaya Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dibubarkan dan fungsinya diserap oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Susulan keputusan tersebut, Mesyuarat Pemindahan Fungsi dan Penjajaran Semula Perjawatan GIACC yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara pada 27 Mac 2023 telah bersetuju supaya semua fungsi GIACC dan 26 daripada 44 perjawatan GIACC diserap ke SPRM.

Penyerapan fungsi dan perjawatan GIACC ke SPRM ini membawa kepada penubuhan bahagian baru di SPRM iaitu Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), SPRM melalui Waran Perjawatan Bil. A50 Tahun 2023 berkuatkuasa 14 April 2023.