Garis panduan ini dikeluarkan selaras dengan subseksyen (5) seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009), seperti yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) Akta 2018 (Akta SPRM (Pindaan) 2018). Objektif garis panduan ini adalah untuk membantu organisasi komersial memahami kaedah pelaksanaan tatacara mencukupi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah berlakunya rasuah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Garis panduan ini diwujudkan berasaskan lima (5) prinsip utama yang boleh dijadikan asas rujukan oleh organisasi komersial untuk melaksanakan apa-apa polisi, prosedur dan langkah kawalan berkaitan antirasuah yang bersesuaian ke arah mencapai matlamat mempunyai tatacara mencukupi seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Buku Garis Panduan –

Edisi Bahasa Melayu

Buku Garis Panduan –

Edisi Bahasa Inggeris

Buku Garis Panduan – Kajian Kes