Persidangan selama dua hari yang diadakan buat julung kalinya ini, merupakan inisiatif Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam berkongsi dapatan kajian khusus yang digerakkan oleh agensi ini bersama pasukan penyelidik kepada umum.

Mengambil fokus tema persidangan “Mendepani Cabaran Isu Governans, Integriti dan Anti-Rasuah, lapan penyelidikan yang dibentangkan sepanjang dua hari sesi persidangan ini mengetengahkan bidang-bidang berisiko antaranya sektor pertahanan, sektor perhutanan, sektor kesihatan dan sektor telekomunikasi. Dua sektor sosial yang turut diberi fokus oleh pasukan penyelidik ialah sektor pentadbiran institusi agama Islam dan sektor pentadbiran dan pengurusan Orang Asli, di mana tadbir urus kedua-dua bidang ini turut terdedah kepada kelemahan tadbir urus dan risiko rasuah.

Persidangan selama dua hari yang diadakan buat julung kalinya ini, merupakan inisiatif Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam berkongsi dapatan kajian khusus yang digerakkan oleh agensi ini bersama pasukan penyelidik kepada umum.

Mengambil fokus tema persidangan “Mendepani Cabaran Isu Governans, Integriti dan Anti-Rasuah, lapan penyelidikan yang dibentangkan sepanjang dua hari sesi persidangan ini mengetengahkan bidang-bidang berisiko antaranya sektor pertahanan, sektor perhutanan, sektor kesihatan dan sektor telekomunikasi. Dua sektor sosial yang turut diberi fokus oleh pasukan penyelidik ialah sektor pentadbiran institusi agama Islam dan sektor pentadbiran dan pengurusan komuniti Orang Asli, di mana tadbir urus kedua-dua bidang ini turut terdedah kepada kelemahan tadbir urus dan risiko rasuah.