Pelaksanaan Gerakan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan di peringkat Kebangsaan melibatkan penubuhan satu jawatankuasa khas kabinet iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah

Pelaksanaan gerakan pemantapan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia melibatkan antaranya penubuhan satu jawatankuasa khas kabinet iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 berkuatkuasa 5 Oktober 2018.

Peranan dan Tanggungjawab JKKMAR

Menimbang dan menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan.

Memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, undang-undang, peraturan dan sistem prosedur bagi memantapkan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan.

Menimbang dan meluluskan cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) peringkat kebangsaan berhubung pelaksanaan inisiatif dan tindakan penambahbaikan berkaitan pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Peranan dan Tanggungjawab JKKMAR

Menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Merancang, memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, peraturan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang mempunyai impak kepada pemantapan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Menimbang dan meluluskan pelaksanaan inisiatif mengenai governans, integriti dan antirasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Menimbang cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan Jabatan Antirasuah (JAR) peringkat kebangsaan bagi memantapkan governans, integriti dan antirasuah sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.