Sesi Town Hall GIACC: Suara Belia 2022

Feb 11, 2022

Sesi Town Hall GIACC: Suara Belia 2022 bersama NGO dan CSO ini merupakan salah satu strategi bagi mendekati kelompok yang menjadi suara masyarakat ini untuk mengenal pasti isu berkaitan governans, integriti dan antirasuah yang menjadi fokus utama rakyat dan seterusnya menyampaikan maklumat mengenai usaha – usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui GIACC.

Ia telah diadakan di Dewan Damar Sari, Parcel F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada hari Jumaat jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Lebih daripada 40 wakil NGO dan CSO yang turut serta dalam sesi ini untuk menyuarakan pendapat mewakili NGO dan CSO masing masing.

Sesi ini diterajui oleh Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Pengarah GIACC. Beliau menyambut baik pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan belia untuk dirangkumkan sebagai input dasar bagi penambahbaikan governans, integriti dan antirasuah yang sedang diselaraskan oleh GIACC.