12 Oct 2022

PUTRAJAYA – 11 Oktober 2022 – Pengurusan tertinggi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat berkaitan Garis Panduan Kerajaan Caretaker kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Tan Sri Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha – Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah – Ketua Pengarah Jabatan dan Pegawai – Pegawai Tinggi Kerajaan yang terlibat secara langsung sebagai Kerajaan Caretaker sejurus pembubaran parlimen seperti yang telah diumumkan.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN secara atas talian ini antara lain bertujuan memastikan kelancaran pengurusan Kerajaan terlaksana dengan harmoni sepanjang tempoh semasa sehingga Kerajaan baru dibentuk.