27 Oct 2022

Putrajaya, 26 Oktober 2022 – Bengkel Pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MYGOVERNANCE) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abd Aziz bin Aban, Timbalan Ketua Pengarah I Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Strategik, GIACC dan dihadiri oleh sekurang – kurangnya 70 peserta daripada semua Kementerian dan Agensi Pusat.

Antara aktiviti utama dalam bengkel ini termasuklah pembentangan daripada Jabatan Audit Negara (JAN), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), serta perbincangan berkumpulan bagi cadangan penambahbaikan isu – isu berkaitan governans.

Pihak GIACC merakamkan jutaan terima kasih di atas penglibatan para peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang bengkel ini berlangsung.