4 Nov 2022

Kuala Lumpur, 03 November 2022 – Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara dan ia telah bersiaran secara langsung di kaca televisyen TV1. Forum ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Forum yang membincangkan tentang ‘Integriti Jambatan Keberkatan’ ini diterajui oleh Ustaz Mohd Hariri Haji Daud dan menampilkan tiga ahli panel yang dibarisi oleh YBhg. Tan Sri Ismail Haji Ibrahim – Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah – Rektor Universiti Islam Selangor (UIS), dan YBhg. Dato’ Badli Shah Haji Alauddin – Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Hadir sama pada forum ini ialah Puan Farah Adura Haji Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah I dan YBhg. Datuk Abd Aziz Aban, Timbalan Ketua Pengarah II mewakili Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi mengikuti forum perdana ini.

Pihak GIACC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di atas penganjuran forum yang julung kali diadakan ini.