PUTRAJAYA, 6 Julai 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah diadakan di Bilik Perdana Digital, Pejabat Perdana Menteri.

Mesyuarat yang buat pertama kali diadakan untuk tahun 2023 ini telah membincangkan sebanyak enam kertas pertimbangan dan satu kertas laporan yang berkaitan dengan isu permerkasaan tatakelola demi pembangunan negara.

Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda pemerkasaan tata kelola sebaik mungkin agar negara bebas daripada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.